Thanks ya!

JGN KLIK!!!!

Thursday, August 20, 2009

tekanan perasaan..




salam.. ideal nie tctus disaat myiapkan xsimen yg btjuk stress management.. selepas mbuat rujukan di plbagai jurnal, akhirnya diakui bhawa cara tbaik utk mhlang kan tekanan adalah melalui cra islam.. pkara ini jga tlah dakui oleh phak2 dari brat.. wlaupun tdapat plbagai cra moden lgi tkini.. ttpi asasnya adalah berasaskan islam itu sdiri.. diantara cra2 moden utk pgurusan stres adalah imegery, yoga, relaxsasi dan plbagai lagi..

pkara ini ckup bkesan utk damalkan...

dia mgandungi plbagai cra.. ttpi pkra ini adalah tbaik utk damlkan..

Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)


Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)



Ketiga, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)


Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.

Kelima, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, ayat 60)


No comments:

Post a Comment